Tiga suspek bunuh penuntut universiti disambung reman

Tiga suspek kes pembunuhan penuntut universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lalu disambung reman selama tujuh hari.
Tiga suspek kes pembunuhan penuntut universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lalu disambung reman selama tujuh hari.
A
A
A

SEPANG – Tiga suspek kes pembunuhan penuntut universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lalu disambung reman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, ketiga-tiga suspek telah dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bagi permohonan lanjutan tempoh reman.

“Ketiga-tiga mereka disambung reman selama tujuh hari bermula esok (Jumaat) sehingga 10 Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, ketiga-tiga suspek telah direman selama tujuh hari bermula 27 Jun hingga Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini dilaporkan berkata, dengan penahanan empat individu termasuk suspek utama iaitu teman lelaki kepada rakan serumah mangsa, polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh 48 jam.

Menurut beliau, reman semua suspek berakhir pada Khamis dan Jumaat, dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiga suspek termasuk suspek utama ditahan sehari selepas kejadian, manakala seorang lagi suspek ditahan dua hari kemudian.

Beliau turut berkata, rakan kepada suspek utama yang turut ditahan adalah individu yang bersama lelaki itu ketika menggunakan kad pengeluaran automatik (ATM) milik mangsa.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi, Maniishapriet Kaur, 20, yang berasal dari Sarawak, ditemukan maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya oleh seorang rakan pada jam 10 pagi, 24 Jun lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!