Mereka buktikan cinta itu bukan hanya pada angka

Dr Md Sham dan Azizah selamat diijab kabul pada Sabtu lalu.
Dr Md Sham dan Azizah selamat diijab kabul pada Sabtu lalu.
A
A
A

MASIH tidak terlambat rasanya untuk Merak Jalanan mengucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada pasangan warga emas di Rembau Negeri Sembilan, Profesor Datuk Dr Md Sham Kassim, 81, dan Azizah Alias, 77, yang selamat diijab kabul pada Sabtu lalu.

Kisah mereka bukan biasa-biasa. Kenal sejak zaman sekolah, terpisah lebih 50 tahun, dan akhirnya disatukan semula.

Jujurnya, ini jauh lebih menarik daripada kisah cinta tular yang penuh plot twist dan air mata di media sosial.

Bila Merak Jalanan baca kisah mereka, seakan-akan terngiang lirik lagu yang tengah ‘naik’ di TikTok sekarang:

“Berlarilah ke mana pun, jika kau milikku... kau milikku.”

Benarlah, cinta itu tak pernah salah alamat. Kadang-kadang jodoh tak datang awal bukan sebab tak ada, tapi sebab tuhan tengah susun yang terbaik, pada masa paling sesuai.

Merak Jalanan perasan, ramai anak muda cepat gelisah. Baru berumur 30 tahun tetapi dah stres. Konon penat bercinta, tapi tak ke mana.

Sikit-sikit muat naik gambar gelap dari belakang ditambah lagu-lagu galau dan kapsyen merintih-rintih sebab tak kahwin-kahwin.

Nak cari jodoh bukan macam cari baju bundle, cepat murah terus sambar. ia ambil masa.

Artikel Berkaitan:

Pilih betul-betul. Biar lambat, asalkan tidak menyesal di kemudian hari. Jangan sedih kalau lambat kahwin.

Bukan maksudnya kita gagal, tapi mungkin kita sedang menjalani proses tapisan mereka yang mungkin tak sesuai untuk kita meneruskan hidup hinggalah ke akhir usia.

Buat Profesor Md Sham dan makcik Azizah, semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.

Semoga hari-hari mendatang dipenuhi dengan kasih sayang, tawa dan ketenangan.

Kalian bukti bahawa usia bukan penghalang jodoh, semuanya tidak mustahil asalkan hati masih terbuka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!