PDRM perkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi tangani isu media sosial - KPN

Mohd Khalid ketika ditemui Bernama selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Menara Komunikasi pada Rabu. Foto Bernama
Mohd Khalid ketika ditemui Bernama selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Menara Komunikasi pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, terutamanya dalam menangani isu berkaitan penyebaran maklumat palsu dan menyalahi undang-undang di media sosial, bagi memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pertemuannya bersama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada Rabu, membincangkan usaha menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks pada era digital.

Mohd Khalid (duduk, dua dari kiri) bergambar kenangan bersama anggota Polis Bantuan Kementerian Komunikasi selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Menara Komunikasi pada Rabu. Foto Bernama

"Saya percaya ini keutamaan PDRM, bagi memastikan keselamatan negara dan rakyat sentiasa terpelihara, bukan sahaja pada masa ini tetapi juga pada masa-masa akan datang.

"Menteri Komunikasi turut berharap agar kerjasama erat antara PDRM dan kementerian dapat digembelengkan sepenuhnya, terutama dalam menangani isu-isu yang melibatkan media sosial,” katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu, di sini pada Rabu.

Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15 pada 20 Jun, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!