MPAJ dapatkan laporan rasmi SPRM kes pengarah jabatan didakwa terima suapan

Hasrolnizam.
Hasrolnizam.
A
A
A

AMPANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan mendapatkan laporan rasmi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan seorang pengarah jabatan pihak berkuasa tempatan itu yang didakwa terbabit kes rasuah.

Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Hasrolnizam Shaari berkata, setelah laporan tersebut diterima, pihaknya akan merujuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan lanjut.

"Urusan lanjut adalah bergantung kepada keputusan jawatankuasa berkaitan," katanya ringkas ketika dihubungi pada Rabu.

Media terdahulu melaporkan seorang pengarah jabatan di MPAJ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM30,000, dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!