Kes pertama Covid-19 didaftarkan di China pada November bukan Disember

Seorang wanita yang telah pulih daripada jangkitan Covid-19 tiba di sebuah hotel untuk dikuarantin selama 14 hari selepas dibenarkan keluar dari hospital. - Foto AFP
Seorang wanita yang telah pulih daripada jangkitan Covid-19 tiba di sebuah hotel untuk dikuarantin selama 14 hari selepas dibenarkan keluar dari hospital. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Kes pertama Covid-19 di China sebenarnya mula didaftarkan pada 17 November dan bukannya Disember seperti yang diperkatakan sebelum ini, lapor agensi berita Sputnik memetik media tempatan pada Jumaat.

Menurut akhbar South China Morning Post, pesakit pertama dijangkiti Covid-19 merupakan penduduk tempatan di pusat epidemik iaitu di wilayah Hubei.

Sembilan kes Covid-19 didaftarkan pada November, tetapi tiada seorang pun daripada pesakit yang dijangkiti itu disahkan sebagai 'patient zero'.

Wabak Covid-19 yang menjejaskan lebih 110 buah negara menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkannya sebagai pandemik.

Jumlah kes disahkan di seluruh dunia melebihi 128,000, dengan angka kematian 4,720 orang dan pesakit pulih melebihi 68,000.

Dalam tempoh 24 jam lalu, China mendaftarkan lapan kes terbaru.- Bernama

Artikel Berkaitan: