Melaka siasat dakwaan kesilapan kaligrafi kalimah ALLAH

Tular dakwaan kesilapan kaligrafi kufi yang terdapat di sebuah masjid di Melaka.
Tular dakwaan kesilapan kaligrafi kufi yang terdapat di sebuah masjid di Melaka.
A
A
A

MELAKA – Kerajaan negeri memandang serius isu dakwaan kesilapan kaligrafi khat kufi yang memaparkan kalimah ALLAH dan tular berlaku di sebuah masjid di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini pihaknya sedang mengenal pasti masjid atau surau yang dipercayai melakukan kesalahan terbabit kerana lokasi sebenar tidak dinyatakan dalam laporan tular itu.

Menurutnya, hal tersebut perlu diambil perhatian kerana di Melaka terdapat kira-kira 1,000 buah masjid dan surau dan beliau telah mengarahkan jabatan berkaitan menjalankan semakan bagi memastikan kesahihan dakwaan berkenaan.

“Saya sedang menyiasat masjid yang dimaksudkan. Jika benar, syor perubahan segera perlu dilakukan.

“Kerjasama juga dijalinkan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Jika pihak terbabit memaklumkan terus nama masjid atau surau terlibat, ia akan memudahkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, seorang bekas guru matematik yang terkenal di media sosial, Mohd Fadli Salleh memuat naik dakwaan berhubung kesilapan pada huruf lam dalam khat kufi di sebuah masjid di Melaka.

Perkongsian dimuat naik beliau yang mempunyai lebih 800,000 pengikut itu pada jam 10 pagi tadi menerima hampir 2,000 reaksi, 177 komen dan 130 perkongsian.

Rata-rata pengguna media sosial mempertikaikan kepekaan ahli jawatankuasa masjid (AJK) dalam menangani isu sensitif seperti ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!