Amanah Perak ucap tahniah kepada Ahmad Faizal

Asmuni
Asmuni
A
A
A

IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Perak berharap kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meneruskan dasar kerajaan Perak sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata, Pakatan Harapan (PH) Perak mengucapkan tahniah kepada Ahmad Faizal yang dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak dan berharap pemimpin itu dapat meneruskan dasar yang dibincangkan sebelum ini.

"Saya ucapkan tahniah atas pelantikan ini. Teruskan dasar-dasar yang telah diputuskan ketika bersama kerajaan PH dahulu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Ahmad Faizal diumumkan sebagai Menteri Besar Perak ke-13 bagi gabungan Perikatan Nasional oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Kolonel (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor menerusi kenyataan media pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal dilantik semula Menteri Besar Perak

Beliau sebelum ini dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-12 selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan di Perak pada 2018 lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, selain memenangi DUN Chenderiang dengan majoriti 39 undi, beliau juga menang kerusi Parlimen Tambun dengan majoriti 5,320 undi.

Artikel Berkaitan: