Peluang 6,000 jemaah haji dapat sumbangan RM1,000

Amirudin bersama bakal haji ketika majlis Penyerahan Sumbangan Insentif Haji Muassasah Parlimen Gombak di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang, Gombak pada 20 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
Amirudin bersama bakal haji ketika majlis Penyerahan Sumbangan Insentif Haji Muassasah Parlimen Gombak di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang, Gombak pada 20 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
A
A
A

GOMBAK - Sebanyak 1,800 permohonan Insentif Haji Muassasah oleh bakal jemaah di seluruh negeri telah diluluskan setakat ini, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau memberitahu, setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor sedang giat mendaftar permohonan tersebut sekali gus menyarankan mereka yang layak segera memohon sebelum 25 Julai.

“Saya menyeru mana-mana bakal jemaah haji yang berkelayakan untuk memohon insentif ini di pusat khidmat masyarakat yang berhampiran.

“Sumbangan ini untuk memastikan kebajikan umat Islam terbela, khususnya dalam melaksanakan ibadah haji yang menuntut persediaan fizikal, mental dan kewangan rapi,” katanya pada baru-baru ini.

Insentif yang diperkenal Kerajaan Negeri sejak 2022 diteruskan lagi pada tahun ini demi meringankan beban kewangan yang ditanggung kepada jemaah haji daripada Selangor.

Seramai 6,000 orang berpeluang menikmati kemudahan melalui penyaluran sumbangan RM1,000 hasil peruntukan RM6 juta dalam Belanjawan Negeri 2025.

Nilai insentif naik kepada RM1,000 mulai tahun lalu berbanding RM500 pada 2022 dan 2023.

Pada 2022, 3,000 jemaah menerima sumbangan itu, bilangan sama menikmati kemudahan tersebut pada tahun berikutnya.

Tahun lalu, bilangan penerima ditambah kepada 6,000 orang.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Zaini
Ahmad Zaini

Sementara itu, penerima, Ahmad Zaini, 51, mahu menggunakan sumbangan berkenaan untuk menampung perbelanjaan sepanjang menunaikan haji di tanah suci kelak.

“Proses memohon mudah. Alhamdulillah, dengan wang ini sekurang-kurangnya meringankan beban dan dijadikan belanja di tanah suci nanti,” katanya yang berangkat pada 27 Mei.

Jumanah Amir
Jumanah Amir

Jumanah Amir, 65, pula mahu memanfaatkan sumbangan tersebut sepanjang mengerjakan rukun Islam kelima dan berharap inisiatif sedemikian diteruskan lagi selepas ini.

“Dengan sumbangan ini, saya niat untuk hulur kepada yang memerlukan di tanah suci atau sedekah kepada masjid perumahan di Taman Melawati, harap inisiatif diteruskan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!