X

Kindly register in order to view this article
!

Solat Jumaat diteruskan atau ganti Zuhur dimaklumkan sebentar lagi: Zulkifli

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

SHAH ALAM - Arahan untuk menggantikan solat Jumaat dengan solat Zuhur di rumah berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19) diputuskan dalam tempoh dua hingga tiga jam lagi.

Menurut laporan Malaysiakini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkara itu.

"Saya setuju (perhimpunan yang melibatkan orang ramai) tapi perkara tersebut kita perlu perhalusi sedikit sahaja masa lagi.

"Dalam beberapa waktu, dua, tiga jam kerana kita perlu bincang dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada jam 9.15 pagi tadi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus