Amaran ribut petir di tujuh negeri - MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran tersebut melibatkan seluruh negeri di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, serta kawasan Larut, Matang dan Selama di Perak.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Kota Tinggi di Johor, manakala di Sarawak, ia melibatkan kawasan Subis, Miri dan Marudi dalam Bahagian Miri serta Limbang.
Di Sabah, kawasan yang terjejas termasuk Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort di pedalaman, serta kawasan Pantai Barat melibatkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, dan juga kawasan Kudat iaitu Kota Marudu dan Kudat.
Wilayah Persekutuan Labuan turut dijangka mengalami cuaca buruk yang sama.
Orang awam dinasihatkan untuk berwaspada dan merujuk portal rasmi MetMalaysia atau aplikasi MyCuaca untuk maklumat terkini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!