'Anugerah ini untuk arwah ibu bapa saya'- Maulana Juhari

Maulana Juhari menerima anugerah Perkhidmatan Agama sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun Hijrah di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Jumaat.
Maulana Juhari menerima anugerah Perkhidmatan Agama sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun Hijrah di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Pengorbanan ibu bapa menjadi kunci kejayaan Mudir Madrasah Darul Uloom Al-Islamiah, Sungai Salan, Maulana Juhari Muhammad Ali yang menerima Anugerah Perkhidmatan Agama sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1447 Hijrah/2025 Masihi pada Jumaat.

Menurutnya, anugerah itu bukan miliknya seorang, sebaliknya untuk arwah ayah dan ibu yang menjadi tunjang kepada setiap kejayaan diraih hari ini.

“Perjalanan yang saya lalu sehingga berada di tempat yang saya ada sekarang ini (pengiktirafan), semuanya itu atas pengorbanan kedua-dua mereka.

"Tanpa pengorbanan dua orang ini (arwah ibu bapa) saya tidak sampai ke mana pun.

"Justeru saya pesan pada diri saya, anak-anak di luar dan pada siapa pun yang pernah meraih apa-apa capaian dalam hidup, ingat itu bukan untuk kita, tapi ia untuk mak ayah kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis tersebut di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Jumaat.

Anugerah disampaikan Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-bagi wakil rasmi Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad; dan Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.

Tengku Muhammad Iskandar turut hadir bersama pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

Artikel Berkaitan:

Maulana Juhari menerima anugerah Perkhidmatan Agama yang disampaikan Tengku Muhammad Iskandar pada sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1447 Hijrah/2025 Masihi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah pada Jumaat.
Maulana Juhari menerima anugerah Perkhidmatan Agama yang disampaikan Tengku Muhammad Iskandar pada sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1447 Hijrah/2025 Masihi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah pada Jumaat.

Maulana Juhari memberitahu, kejayaan seseorang tidak akan tercapai tanpa pengorbanan ibu bapa walaupun mereka tidak mempunyai latar akademik setinggi anak-anak.

“Walaupun barangkali daripada segi akademiknya mak ayah kita tidak mencapai di level (tahap) yang kita capai tapi dalam konteks pengorbanan, kejayaan kita itu sebenarnya terbina atas susah payah mereka berdua.

“Jadi jangan pernah melupakan mereka...kalau kita berjaya itu kejayaan mereka bukan kejayaan dan untuk kita pula, kalau anak-anak kita nanti berjaya itu baru untuk kita pula Insya-ALLAH," katanya.

Maulana Juhari memaklumkan, madrasah yang diasaskannya kini berusia 26 tahun sejak mula ditubuhkan pada 28 Mei 1999.

Menurutnya, madrasah tersebut mempunyai cawangan di beberapa negeri termasuk Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak, selain turut beroperasi di Kemboja dengan ribuan pelajar di bawah naungannya.

"Kita memang berazam dan sudah membuat persiapan untuk menambah bilangan pusat ini berdasarkan kepada permintaan dan sambutan daripada masyarakat," katanya.

Beliau menambah, pihaknya kini bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi untuk melahirkan graduan madrasah yang berkualiti.

Selain itu, katanya pelajar yang tidak dapat menamatkan pengajian agama turut diberi peluang mengikuti latihan kemahiran melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang disediakan oleh agensi berkaitan.

“Jika mereka tidak keluar sebagai ulama, mereka akan keluar sebagai teknokrat yang berdikari dan perkara itu sudah pun berjalan sekarang,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!