Wanita cemas kepala anak sangkut pada balang plastik

Tangkap layar video perkongsian Kanisha di TikTok pada Khamis.
Tangkap layar video perkongsian Kanisha di TikTok pada Khamis.
A
A
A

TEMANGGUNG, JAWA TENGAH – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kepala anak perempuannya tersangkut pada balang plastik sehingga terpaksa menghubungi pasukan penyelamat.

Menerusi perkongsian video TikTok milik @ratihdiyah atau Kanisha, beberapa anggota penyelamat dilihat berusaha mengeluarkan kepala kanak-kanak tersebut dengan menggunakan peralatan memotong untuk memotong balang berkenaan.

Kejadian yang dipercayai berlaku di negara jiran itu turut memperlihatkan Kanisha, yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak berkenaan, sedang memegang anaknya bagi memastikan proses menyelamat berjalan dengan lancar.

Kanisha turut merakamkan ucapan terima kasih atas usaha anggota penyelamat yang terlibat dalam menyelamatkan anak perempuannya.

“Masya-ALLAH, anak kecil saya ini ada-ada saja gelagatnya.

“Untuk Damkar (petugas penyelamat), terima kasih banyak kerana sudah membantu anak saya lepas dari balang berkenaan,” katanya dalam hantaran video tersebut pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!