Tinjauan Cuaca

Garis badai terbentuk susulan cuaca mendung, hujan lebat dan ribut petir sejak pagi tadi di beberapa kawasan sekitar pulau di Labuan dan perairan Laut China Selatan.
Menurut MetMalaysia, negara kini berada dalam fasa Monsun Barat Daya hingga September 2025, yang lazimnya mencatatkan hujan rendah akibat kurang pembentukan awan.
Namun, angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku, terutama di barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah, khususnya pada awal pagi akibat fenomena garis badai.
Orang ramai dinasihatkan agar peka dengan perubahan cuaca dan merujuk maklumat terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca atau media sosial MetMalaysia. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
