Lebih 12 cedera selepas bas terjunam ke dalam sungai

Lebih 12 orang cedera selepas sebuah bas dua tingkat terbabas dan terjunam ke dalam sungai di selatan England pada Khamis.
Lebih 12 orang cedera selepas sebuah bas dua tingkat terbabas dan terjunam ke dalam sungai di selatan England pada Khamis.
A
A
A

LONDON - Lebih 12 orang cedera selepas sebuah bas dua tingkat terbabas dan terjunam ke dalam sungai di selatan England pada Khamis, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku sekitar jam 10.07 pagi waktu tempatan (0907 GMT) di Eastleigh, sebuah bandar di daerah Hampshire, selatan England.

Bas yang membawa pelajar sebuah kolej pendidikan lanjutan itu terbabas dari Bishopstoke Road, laluan utama di kawasan berkenaan, lalu terjunam ke Sungai Itchen, menurut laporan media tempatan.

Menurut Perkhidmatan Ambulans South Central, tiga mangsa yang cedera parah telah dihantar ke hospital, manakala 14 lagi yang mengalami kecederaan ringan menerima rawatan di lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi dengan dua helikopter perubatan dan lima ambulans. Siasatan mengenai punca kejadian sedang dijalankan. - Bernama/Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!