Pop Mart dekati pengumpul mainan di Asia Tenggara menerusi Lazada

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pop Mart, jenama mainan koleksi global yang popular dengan watak ikonik seperti MOLLY, DIMOO dan SKULLPANDA, kini meluaskan kehadirannya di Asia Tenggara dengan pendekatan lebih dekat bersama peminat.

Dengan kerjasama Lazada, jenama ini mencipta pengalaman membeli-belah yang menggabungkan jualan dalam talian, acara komuniti dan keterujaan dunia nyata sejajar dengan trend kotak kejutan yang semakin menjadi kegilaan di rantau ini.

Melalui platform LazMall oleh Lazada, Pop Mart menyampaikan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi unboxing secara langsung, jualan mengejut dan pelancaran koleksi eksklusif.

Sejak mula menyertai LazMall pada tahun 2023, jenama ini telah mencatat pertumbuhan lebih lima kali ganda, menjadikannya antara jenama mainan paling pesat berkembang di rantau ini.

Jurucakap Pop Mart berkata, dengan Lazada, pihaknya dapat menyampaikan penceritaan ini dengan cara yang lebih lancar.

“Sama ada kerana keterujaan menanti kejutan atau kegembiraan menemui watak kegemaran, pengumpul kami mahukan lebih daripada sekadar mainan,”katanya.

Pelancaran edisi terhad Jun Ini

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Bulan ini, Pop Mart bakal melancarkan dua figura edisi terhad global iaitu MOLLY dan Zsiga, selain memperkenalkan plush toy SKULLPANDA generasi kedua. Produk edisi terhad ini bakal ditawarkan secara eksklusif di LazMall mulai Jun 2025. Dalam usaha memenuhi permintaan tinggi, Pop Mart juga akan meningkatkan tahap stok dan keterlihatan kedainya di platform Lazada.

Peminat diberi peranan lebih besar

Dengan memanfaatkan cadangan pintar berasaskan AI dan data tempatan, Pop Mart menyesuaikan pelancaran produknya berdasarkan citarasa pengumpul di setiap negara. Sebagai contoh, SKULLPANDA mencatat populariti tinggi di Thailand, manakala DIMOO menjadi kegemaran ramai di Malaysia.

Pengalaman membeli juga lebih memuaskan dengan penghantaran pantas dimana 85 peratus pesanan dari bandar utama seperti Bangkok dan Manila dihantar dalam tempoh 48 jam.

Koleksi ini dihantar dalam bungkusan tahan lasak untuk memastikan kualitinya kekal sempurna, selain disokong oleh sistem jejak masa nyata menerusi aplikasi Lazada.

Komuniti, kandungan dan gaya hidup

No Image Caption

Pop Mart bukan sekadar menjual mainan, malah membina gaya hidup berasaskan komuniti dan peminat. Lebih satu pertiga (34 peratus) jualannya di Asia Tenggara disumbang oleh ahli gabungan seperti penyiar langsung, pengulas mainan dan pencipta kandungan.

Video unboxing dan ulasan mereka bukan sahaja membantu memasarkan produk, malah menghidupkan dunia Pop Mart secara kreatif malah menjadikan hobi mengumpul sebagai budaya yang dikongsi bersama.

Acara dunia nyata: 5KM Run Pop Mart x Lazada

Sebagai langkah mengukuhkan hubungan dengan komuniti, Pop Mart akan menyertai Lazada x Pop Mart 5KM Run yang dijadual berlangsung pada 12 Oktober 2025. Acara ini menggabungkan kecergasan, muzik dan fandom termasuk reruaieksklusif Pop Mart yang memberi peluang peminat berinteraksi dengan watak kegemaran mereka secara langsung.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Lazada, Kaya Qin,berkata, Dunia Pop Mart dibina atas asas kreativiti dan hubungan.

“Menerusi platform Lazada, jenama seperti Pop Mart dapat memberi inspirasi dan melibatkan generasi baharu pengumpul dengan penceritaan yang melangkaui saluran digital,”katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!