Rasa desa, riuh rasa!

Karnival Rasa Asli Desa akan memberikan pelbagai pilihan hidangan istimewa dari 14 negeri.
Karnival Rasa Asli Desa akan memberikan pelbagai pilihan hidangan istimewa dari 14 negeri.
A
A
A

Karnival Rasa Asli Desa RISDA Tahun 2025 merupakan inisiatif strategik anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang diwujudkan sebagai platform memperkenalkan produk dan identiti usahawan desa secara langsung kepada masyarakat bandar.

Usaha itu juga mencerminkan komitmen berterusan RISDA dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memacu pembangunan ekonomi pekebun kecil dan memartabatkan hasil tempatan di pentas nasional.

Karnival tersebut menyasarkan 10,000 hingga 15,000 pengunjung dan ia akan diadakan bermula jam 8 pagi hingga 11 malam pada 27 hingga 30 Jun di pekarangan tempat letak kereta, Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Ia juga akan menghimpunkan 60 produk dan hidangan autentik yang diusahakan oleh 28 usahawan dari 14 negeri antaranya Rendang Maman, Nasi Goreng Ikan Terubok Masin, Kelupis Inti Udang, Pekasam Ikan Loma, Pek Nga, Gulai Temenung, Burasak dan Kuih Muih Tradisional.

Bertemakan Rasa Tulen, Sentuhan Istimewa, karnival itu bukan sekadar jualan, malah menawarkan pengalaman lengkapmelalui demo masakan langsung, persembahan budaya dan pertandingan menarik untuk seisi keluarga.

Menariknya, ia akan menampilkan pelbagai produk seperti makanan dan minuman tradisional, Ready To Eat, Drink and Cook, produk sejuk beku dan kering serta produk Rissmart 24 dan Rissmart Butchery.

Program Indie Band Stage antara yang akan menjadi tumpuan pengunjung karnival itu.
Program Indie Band Stage antara yang akan menjadi tumpuan pengunjung karnival itu.

Konsep karnival itu mencerminkan cita rasa rakyat, kekuatan usahawan desa dan kebolehlaksanaan model pasaran luar bandar yang moden, terbuka serta relevan.

Artikel Berkaitan:

Karnival yang diadakan selama empat hari itu merupakan kerjasama strategik antara RISDA dan Wangsa Walk Mall sebagai langkah sinergi yang mempertemukan produk desa dengan pasaran bandar secara langsung dan berstruktur.

Sempena karnival itu, pada 27 Jun, pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya Demo Masakan Tradisional yang menampilkan hidangan tradisional dan Showcase Malam Sinaran Nostalgia menyediakan lagu-lagu klasik yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Pada 28 Jun pula, karnival itu juga akan dimeriahkan dengan program Showcase Indie Band Stage manakala pada sebelah malamnya, pentas akan dihangatkan oleh band indie legenda tanah air seperti Pretty Ugly, Radhi OAG dan Andy Flop Poppy.

Pada hari terakhir karnival, Pertandingan Ratu Cilik, Chef Junior – Teh Tarik Showdown dan Akustika Battle akan diadakan.

Sementara itu, RissMart 24 dibawah pengurusan RISDA Agri Food Sdn Bhd (RAFI) akan tampil sebagai sebuah booth interaktif dan estetik pada Karnival Rasa Asli Desa RISDA 2025 untuk memperkenalkan rangkaian produk premium kepada masyarakat bandar.

Menariknya, RissMart 24 jugaturut membuat penampilan istimewa dengan sajian eksklusif seperti lamb skewers, kopi signaturedan pastri segar.

Semua pihak dijemput hadir dan turut serta dalam menjayakan karnival itu sebagai tanda sokongan terhadap produk tempatan, pencinta budaya dan sebahagian daripada perjalanan membina ekonomi desa yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!