Austria umum bantuan AS$3.21 juta sokong rakyat Palestin terjejas

Karl Nehammer - Foto: Agensi
Karl Nehammer - Foto: Agensi
A
A
A

VIENNA - Canselor Austria, Karl Nehammer mengumumkan pemberian bantuan kewangan berjumlah €3 juta (AS$3.21 juta) kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) bagi menyokong rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik.

Agensi Berita Emiriah (WAM) melaporkan bahawa bantuan itu bertujuan membantu menyediakan bekalan air minuman, makanan dan tempat perlindungan.

Canselor Austria itu menekankan keperluan untuk menyambung semula rundingan bagi mencapai gencatan senjata kekal, sambil menyorot peningkatan mendadak jumlah korban dalam kalangan orang awam. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!