Zambry turut menghadap Sultan Nazrin?

Kenderaan dipercayai membawa Zambry keluar dari pekarangan Istana Kinta, di sini selepas dipercayai menghadap Sultan Nazrin hari ini.
Kenderaan dipercayai membawa Zambry keluar dari pekarangan Istana Kinta, di sini selepas dipercayai menghadap Sultan Nazrin hari ini.
A
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Kenderaan membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilihat memasuki pekarangan Istana Kinta, di sini dipercayai menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.

Kenderaan Vellfire berwarna putih itu dilihat memasuki pekarangan Istana Kinta sejurus kenderaan yang membawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masuk ke istana berkenaan pada jam 2.45 petang.

Kenderaan yang membawa Zambry itu dilihat keluar pada jam 3.45 petang sebaik kenderaan yang membawa ketiga-tiga pemimpin Perikatan Nasional keluar daripada Istana Kinta itu.

Kehadiran kenderaan yang membawa Zambry itu menimbulkan spekulasi bekas Menteri Besar Perak itu akan dilantik semula ke jawatan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pemimpin PN Perak sekali lagi menghadap Sultan Nazrin

Terdahulu Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria memasuki pekarangan Istana Kinta jam 2.25 petang diikuti Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad 10 minit kemudian.

Pertemuan kesemua pemimpin itu bersama Sultan Nazrin berkaitan pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu.

Sementara itu, Zambry yang dihubungi Sinar Harian menafikan beliau menghadap Sultan Nazrin.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, kenderaannya itu masuk ke Istana Kinta hanya mengiringi Saarani.