Jabatan Negara AS keluarkan amaran untuk rakyatnya di luar negara

Dengan ruang udara Israel ditutup, kerajaan-kerajaan di seluruh dunia sedang memindahkan ribuan rakyat mereka yang terperangkap dalam konflik Israel-Iran yang semakin memuncak, dengan kebanyakan mereka dipindahkan melalui negara-negara jiran. - Foto AFP

A
A
A

WASHINGTON - Jabatan Negara Amerika Syarikat pada Ahad mengeluarkan amaran keselamatan global yang menasihatkan rakyatnya di luar negara supaya "mengambil langkah berjaga-jaga tambahan", lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Konflik antara Israel dan Iran telah menyebabkan gangguan perjalanan serta penutupan ruang udara secara berkala di seluruh Timur Tengah.

"Terdapat juga kemungkinan berlakunya demonstrasi terhadap warga AS dan kepentingan negara itu di luar negara,” menurut kenyataan jabatan itu.

Amaran itu dikeluarkan susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bahawa tentera AS telah melancarkan serangan awal pagi Ahad ke atas kemudahan nuklear Iran di Fordo, Natanz dan Isfahan yang disifatkan sebagai "amat berjaya”.

Konflik tercetus pada 13 Jun lalu apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!