[VIDEO] Penghantar makanan dipenjara, 1 sebatan subahat tipu pinjaman telefon

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan dihukum penjara setahun serta satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, kerana bersubahat menipu seorang wanita berhubung permohonan pinjaman bagi mendapatkan sebuah telefon bimbit, empat bulan lalu.

Salman Abdullah, 31, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan.

Mahkamah memerintahkan pemenjaraan bermula Jumaat.

Mengikut pertuduhan, Salman didakwa bersubahat dengan seorang wanita berumur 32 tahun, menipu seorang pegawai penilaian kredit supaya meluluskan permohonan pinjaman bernilai RM8,329.

Ia bagi mendapatkan satu telefon bimbit dari sebuah syarikat pengedar telefon, dengan cara mengemukakan slip gaji syarikat yang tidak wujud serta menggunakan kad pengenalan palsu, di sebuah pusat beli-belah, 1 Februari lalu.

Salman yang memakai baju lokap berwarna oren, dihukum penjara setahun serta satu sebatan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat, kerana bersubahat menipu seorang wanita berhubung permohonan pinjaman bagi mendapatkan sebuah telefon bimbit, empat bulan lalu.
Salman yang memakai baju lokap berwarna oren, dihukum penjara setahun serta satu sebatan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat, kerana bersubahat menipu seorang wanita berhubung permohonan pinjaman bagi mendapatkan sebuah telefon bimbit, empat bulan lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 420 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Semasa prosiding, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Edmin Tomas mewakili tertuduh merayu anak guamnya dikenakan hukuman penjara yang singkat kerana tertuduh perlu menyara empat anak yang masih kecil.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Syafika Azwa Fikri mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!