Lelaki dipercayai maut ditembak di hadapan kedai di Meru

Seorang lelaki dipercayai maut ditembak di hadapan sebuah kedai motosikal di Jalan Meru, Klang.
Seorang lelaki dipercayai maut ditembak di hadapan sebuah kedai motosikal di Jalan Meru, Klang.
A
A
A

KLANG – Seorang lelaki dipercayai maut selepas ditembak di hadapan sebuah kedai motosikal di Batu 5, Jalan Meru di sini, petang Jumaat.

Menurut maklumat yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, sebanyak enam das tembakan dipercayai dilepaskan ke arah mangsa yang berada di dalam sebuah trak pikap yang diparkir di hadapan premis berkenaan.

“Orang Meru hati-hati, kes tembak baru sahaja berlaku di sini,” tulis pengguna berkenaan dalam hantaran tersebut.

Sebanyak enam das tembakan dipercayai dilepaskan ke arah mangsa yang berada di dalam sebuah trak pikap yang diparkir di hadapan premis berkenaan.
Sebanyak enam das tembakan dipercayai dilepaskan ke arah mangsa yang berada di dalam sebuah trak pikap yang diparkir di hadapan premis berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, beberapa pengguna lain turut berkongsi pengalaman masing-masing yang menyaksikan atau terdengar kejadian tersebut.

Pengguna Facebook, Anisha Syam berkata, dia terdengar bunyi tembakan yang jelas dan menakutkan.

“Memang seram ya dengar bunyi das tembakan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi pengguna, Badrul Hisham Mohd Nor pula memaklumkan bahawa dia berada di lokasi berkenaan tidak lama sebelum kejadian berlaku.

“Saya baru lepas tukar tayar motosikal dekat kedai ini. Saya awal sedikit sebelum kejadian,” katanya.

Sementara itu, usaha sedang dijalankan oleh pihak Sinar Harian bagi mendapatkan pengesahan rasmi daripada pihak polis berhubung kejadian berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!