Dua lelaki maut ditembak di depan pusat beli-belah

Keadaan di lokasi dua lelaki ditembak di depan pusat beli Dua lelaki maut ditembak di depan pusat beli-belah di Cheras, di sini, pada Selasa.
Keadaan di lokasi dua lelaki ditembak di depan pusat beli Dua lelaki maut ditembak di depan pusat beli-belah di Cheras, di sini, pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Dua lelaki maut selepas ditembak sekumpulan suspek di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, pada Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah malam ketika kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menuju ke arah kereta yang diparkir di perkarangan pusat beli-belah berkenaan.

Menurut saksi, sekumpulan lelaki yang memakai topi keledar secara tiba-tiba berlari ke arah kedua-dua mangsa.

"Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sehingga kedua-dua mereka terbaring berlumuran darah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kumpulan lelaki terbabit kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza.

"Kedua-dua mangsa yang ditembak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," tambahnya.

Keadaan di lokasi dua lelaki ditembak di depan pusat beliDua lelaki maut ditembak di depan pusat beli-belah di Cheras, di sini, pada Selasa.
Keadaan di lokasi dua lelaki ditembak di depan pusat beliDua lelaki maut ditembak di depan pusat beli-belah di Cheras, di sini, pada Selasa.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati mayat kedua-dua mangsa terbaring di hadapan kenderaan mereka.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dengan bantuan Unit Forensik Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Berdasarkan maklumat awal, kedua-dua mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dan berasal dari Sibu, Sarawak.

Polis Kontinjen Kuala Lumpur kini sedang mengumpul maklumat daripada saksi kejadian serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar bagi mengenal pasti identiti suspek.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian ini dalam masa terdekat.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!