Jalan Kebun, Kota Kemuning dilanda banjir kilat

SHAH ALAM - Beberapa kawasan rendah di sekitar Jalan Kebun dan Kota Kemuning, di sini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak 6 pagi Jumaat.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi tersebut mendapati, jalan utama dan beberapa kediaman telah mula dinaiki air sejak 8 pagi.

Keadaan itu turut menyebabkan jalan utama mengalami kesesakan lalu lintas.
Selain itu, penduduk juga dilihat mula memindahkan barangan dan kenderaan ke tempat yang lebih tinggi.
Bagaimanapun, beberapa kenderaan milik penduduk turut terkandas akibat terperangkap dalam banjir kerana dipercayai tidak sempat untuk mengalihkannya.

Difahamkan juga, penduduk di beberapa kawasan lain sedang mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya banjir kilat bertambah teruk.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!