Selesai letak jawatan menteri, Rafizi mahu khatam ‘Game of Thrones’

Rafizi memakai topi keledar watak jahat Darth Vader dalam siri Star Wars, ‘The Empire Strikes Back’ yang dihadiahkan salah seorang kakitangannya.
Rafizi memakai topi keledar watak jahat Darth Vader dalam siri Star Wars, ‘The Empire Strikes Back’ yang dihadiahkan salah seorang kakitangannya.
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas meletakkan jawatan, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memanfaatkan waktu terluangnya dengan melakukan dua aktiviti yang disukai namun jarang dilakukannya sebelum ini iaitu membaca dan menonton filem.

Melalui perkongsian di Facebook, Rafizi turut menampilkan sisi lainnya dengan mengenakan topi keledar watak jahat Darth Vader dalam siri Star Wars, ‘The Empire Strikes Back’ yang dihadiahkan salah seorang kakitangannya.

“Kita dapat inspirasi dari banyak perkara. Masing-masing ada perkara unik yang beri inspirasi. Saya membesar dengan meminati membaca dan menonton sama ada fiksyen sains dan fantasi.

Rafizi mengenakan topi keledar watak jahat Darth Vader dalam siri Star Wars, ‘The Empire Strikes Back’.
Rafizi mengenakan topi keledar watak jahat Darth Vader dalam siri Star Wars, ‘The Empire Strikes Back’.

“Antara senarai bacaan dan tontonan saya ialah Star Wars, Lord of the Rings (The Trilogy, Hobbits, Silmarillion), Wheel of Times (keseluruhan 13 buku), Star Trek, Dunes, Shannara dan Harry Potter.

“Ada satu benda sahaja yang saya masih belum khatam iaitu Game of Thrones. Lepas ni kena khatam,” kongsinya dalam hantaran pada Khamis.

Rafizi sebelum ini mengumumkan meletak jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Beliau menyatakan bahawa kekalahan tersebut bermakna beliau tidak lagi mempunyai mandat untuk meneruskan agenda parti dalam kerajaan dan menekankan pentingnya kebertanggungjawaban dalam politik.

Artikel Berkaitan:

Rafizi menamatkan tugasnya dengan memuktamadkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang memberi penekanan kepada reformasi pendidikan dan berharap reformasi tersebut diteruskan walaupun beliau tidak lagi berada dalam Kabinet.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!