Isteri Fikry Ibrahim fail cerai selepas empat bulan kahwin

Gambar bersama yang baharu sahaja dimuat naik oleh Fikry dan Khalizah.
Gambar bersama yang baharu sahaja dimuat naik oleh Fikry dan Khalizah.
A
A
A

RUMAH tangga pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim didakwa berantakan apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas kira-kira empat bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, Siti Khalizah hadir ke mahkamah pada Khamis sekitar jam 9.40 pagi bersama peguam syarie, manakala Fikry tidak kelihatan hingga jam 10 pagi. 

Sebutan kes dijalankan di hadapan Hakim Syarie pada hari sama.

Permohonan cerai tersebut dikatakan telah difailkan sekitar bulan Mei, namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak setakat ini.

Apa punca sebenar keretakan rumah tangga itu masih tidak diketahui dan semua pihak kini menunggu kenyataan lanjut daripada mereka. 

Kelibat Fikry tidak kelihatan di mahkamah hari ini.
Kelibat Fikry tidak kelihatan di mahkamah hari ini.

Malah Fikry baharu sahaja memuat naik gambar bersama dua hari lalu dengan kapsyen romantis: "Engkaulah ketenangan yang meredakan segala badaiku, ketenangan di mana hatiku yang gelisah menemukan tempatnya. Cinta pertamaku dan satu-satunya."

Artikel Berkaitan:

Begitu juga Khalizah yang memuat naik gambar sama tiga hari lalu dengan kapsyen diubah sehari kemudian dengan maksud "mengetahui bahawa aku takkan pernah mencintai jiwa lain seperti mana aku mencintai jiwamu."

Pasangan tersebut baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu dalam satu acara sederhana dan tertutup di Jitra, Kedah.

Pasangan ini baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu.
Pasangan ini baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu.

Sebelum ini, Fikry pernah menjelaskan bahawa dia tidak dipaksa untuk berkahwin dan perkahwinan itu dibuat atas kehendak sendiri.

Wajah seriusnya ketika majlis akad nikah juga dikatakan kerana memikirkan tanggungjawab besar sebagai suami dan anak lelaki yang menjaga ibu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!