Baki 84 kontena sisa plastik akan dihantar ke negara asal: Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim (kanan) menjawab pertanyaan media selepas mengadakan mesyuarat pasca Kabinet yang pertama bersama pengurusan tertinggi Kementerian Alam Sekitar hari ini.
Tuan Ibrahim (kanan) menjawab pertanyaan media selepas mengadakan mesyuarat pasca Kabinet yang pertama bersama pengurusan tertinggi Kementerian Alam Sekitar hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 150 kontena sisa plastik telah dihantar semula ke negara pengeksport manakala 84 lagi akan dihantar dalam masa terdekat, kata Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, antara negara yang terlibat ialah Belgium, United Kingdom, Perancis dan Vietnam.

Tuan Ibrahim berkata, tempoh bagi menyelesaikan penghantaran semula semua kontena sisa plastik itu bergantung kepada dokumen penting yang perlu disiapkan, selain pemakluman kepada negara pengeksport.

"Kontena ini apabila sampai, kita perlu buat pemeriksaan yang sangat teliti untuk mengesahkan ia melanggar peraturan yang kita kuatkuasakan dan kita putuskan bahawa kontena ini akan dihantar balik," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet pertamanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Alam Sekitar, melalui Jabatan Alam Sekitar akan meneruskan usaha membanteras pengimportan sisa plastik secara haram bagi memastikan Malaysia bebas daripada pencemaran akibat sisa plastik.- Bernama

Artikel Berkaitan: