AS gerakkan 30 jet ketenteraan ketika spekulasi serangan ke atas Iran meningkat

Penganalisis pertahanan menyifatkan pemindahan ini sebagai “sangat luar biasa”. - Foto Awani/X/@foursticks_nate
Penganalisis pertahanan menyifatkan pemindahan ini sebagai “sangat luar biasa”. - Foto Awani/X/@foursticks_nate
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) telah memindahkan sekurang-kurangnya 30 pesawat ketenteraan, termasuk pesawat tangki udara KC-135, dari pangkalan di AS ke Eropah dalam tempoh tiga hari terakhir, menurut data penjejakan penerbangan yang disemak oleh BBC Verify.

Langkah ini mencetuskan spekulasi bahawa Washington sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan konflik berskala besar di Asia Barat.

Pesawat-pesawat tersebut, yang digunakan untuk mengisi minyak di udara bagi jet pejuang dan pengebom, dilaporkan singgah di pangkalan udara AS di Sepanyol, Scotland dan England sebelum menuju ke timur Mediterranean.

Beberapa pesawat dilihat terbang ke arah timur Sicily, manakala satu mendarat di Crete, Greece.

Penganalisis pertahanan menyifatkan pemindahan ini sebagai “sangat luar biasa” dan berkemungkinan besar sebahagian daripada pelan kontingensi untuk menyokong operasi tempur intensif di rantau tersebut.

Tambahan pula, kapal induk USS Nimitz dilaporkan sedang menuju ke Asia Barat selepas membatalkan acara yang dijadualkan di Vietnam, menandakan keutamaan operasi baharu.

Langkah ini berlaku selepas Israel melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran, sehari selepas tamatnya tempoh akhir yang ditetapkan Presiden Donald Trump untuk Tehran menerima perjanjian baharu.

Trump sebelum ini memberi amaran bahawa Iran akan menghadapi “akibat besar” jika enggan berunding.

Sementara itu, Naib Presiden JD Vance menyatakan bahawa Trump mungkin akan mengambil tindakan lanjut untuk menamatkan program nuklear Iran, sambil menegaskan bahawa AS masih dalam kedudukan pertahanan dan belum terlibat secara langsung dalam konflik tersebut. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!