Genius matematik China hidup sederhana, hanya belanja RM180 sebulan

Dongyi diberi gelaran 'pensyarah paling tidak bergaya di Universiti Peking' oleh warganet kerana penampilannya yang sangat sederhana.
Dongyi diberi gelaran 'pensyarah paling tidak bergaya di Universiti Peking' oleh warganet kerana penampilannya yang sangat sederhana.
A
A
A

BEIJING – Seorang genius matematik tersohor dari China, Wei Dongyi, mencuri perhatian dunia maya apabila gaya hidupnya yang amat sederhana tular kerana hanya berbelanja sekitar 300 yuan (RM180) sebulan walaupun bergaji tinggi.

Dongyi, 33, yang kini merupakan pensyarah di Universiti Peking, mula menjadi perhatian sejak zaman remajanya apabila memenangi pingat emas dengan markah penuh dalam pertandingan Olimpik Matematik Antarabangsa ke-49 dan ke-50.

Disebabkan pencapaian cemerlang itu, beliau ditawarkan tempat di Universiti Peking tanpa perlu menduduki peperiksaan masuk kebangsaan China, Gaokao, yang terkenal sangat sukar.

Namun, bukan sahaja kehebatannya dalam menyelesaikan masalah matematik yang menjadi bualan, tetapi juga penampilannya yang sangat sederhana — rambut tidak tersisir, pakaian biasa, dan hanya membawa beg plastik berisi pau kukus serta botol air besar ke kampus.

Pada 2021, video dirinya yang sedang ditemu bual menjadi tular, dengan warganet memberi gelaran kepada beliau sebagai 'pensyarah paling tidak bergaya di Universiti Peking'.

Dalam video itu, beliau dilihat menjawab soalan dengan jujur dan ringkas, malah sering mengakhiri jawapan dengan ayat, "Saya tak tahu nak cakap apa lagi".

Menurut sepupunya, meskipun Dongyi menerima gaji tahunan sekitar AS$85,000 (RM 360,740), beliau tetap memilih untuk hidup secara bersahaja dan tidak mementingkan kemewahan. Beliau lebih gemar mendengar radio berbanding melayari internet atau bersosial.

Malah, terdapat laporan menyatakan bahawa beliau pernah menolak bayaran daripada sekumpulan pelajar kedoktoran selepas membantu mereka menyelesaikan model matematik kompleks yang gagal mereka selesaikan selama beberapa bulan.

Dongyi dengan mudah membetulkan beberapa persamaan sehingga model tersebut mencapai kadar ketepatan 96 peratus, namun apabila ditawarkan ganjaran, beliau hanya berkata, "Masalah itu terlalu mudah untuk dibayar".

Artikel Berkaitan:

Akhirnya, mereka sekadar memperbaharui kad pengangkutannya sebagai tanda penghargaan.

Baru-baru ini, Dongyi mengejutkan ramai apabila muncul di media sosial melalui Douyin dan RedNote.

Video perkenalan berdurasi empat saat yang memaparkan tubuhnya yang kurus dan gigi yang tidak sempurna, berjaya menarik lebih 23 juta pengikut dalam masa lima hari.

Namun, keluarganya menegaskan bahawa beliau tidak bercita-cita menjadi pempengaruh dan hanya mahu berkongsi kecintaannya terhadap dunia matematik.

"Dunianya sangat suci, hanya nombor dan formula. Tolong jangan rosakkannya, biarlah dia terus menjadi dirinya yang sebenar," kata salah seorang pengikut beliau dalam ruangan komen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!