Sinar Harian keenam jenama berita paling dipercayai

Sinar Harian berada di tangga keenam dengan skor kebolehpercayaan sebanyak 60 peratus, mengatasi beberapa jenama arus perdana lain.
Sinar Harian berada di tangga keenam dengan skor kebolehpercayaan sebanyak 60 peratus, mengatasi beberapa jenama arus perdana lain.
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Kepercayaan rakyat terhadap Sinar Harian terus kukuh apabila akhbar ini diumumkan sebagai antara 10 jenama berita paling dipercayai di Malaysia bagi tahun 2025.

Berdasarkan laporan Reuters Institute Digital News Report 2025, Sinar Harian berada di kedudukan keenam dengan skor kebolehpercayaan sebanyak 60 peratus, meningkat dua peratus berbanding 58 peratus pada tahun lalu dan mengatasi beberapa jenama arus perdana lain.

Astro Awani menduduki tempat pertama dengan skor 66 peratus, diikuti RTM dan TV3 masing-masing 64 peratus, manakala Berita Harian dan TV9 berkongsi kedudukan dengan 62 peratus.

Sinar Harian turut tersenarai dalam kelompok enam teratas atau 21 peratus bagi capaian mingguan tertinggi melalui saluran TV, radio dan cetak, berdasarkan laporan sama. Sumber Reuters Institute Digital News Report 2025

Sinar Harian mencatat 60 peratus tahap kepercayaan dalam kalangan responden, manakala 27 peratus bersikap neutral, iaitu tidak pasti sama ada mempercayai atau tidak, dan hanya 12 peratus menyatakan mereka tidak mempercayai jenama berita tersebut.

Selain tahap kebolehpercayaan, Sinar Harian turut tersenarai dalam kelompok enam teratas atau 21 peratus bagi capaian mingguan tertinggi melalui saluran televisyen (TV), radio dan cetak, berdasarkan laporan yang sama.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian Online menduduki tangga keenam atau 21 peratus, menunjukkan kekuatan jenama ini merentasi kedua-dua platform tradisional dan digital. Sumber Reuters Institute Digital News Report 2025
Sinar Harian Online menduduki tangga keenam atau 21 peratus, menunjukkan kekuatan jenama ini merentasi kedua-dua platform tradisional dan digital. Sumber Reuters Institute Digital News Report 2025

Dalam kategori capaian berita secara dalam talian pula, Sinar Harian Online menduduki tempat keenam dengan 21 peratus capaian, menunjukkan kekuatan jenama ini merentasi kedua-dua platform tradisional dan digital.

Keputusan ini diperoleh berdasarkan tinjauan terhadap responden dari seluruh negara.

Menurut laporan tersebut, data kebolehpercayaan masyarakat Malaysia terhadap media meningkat sebanyak lapan peratus — daripada 29 peratus pada tahun 2017 kepada 37 peratus pada tahun 2025.

Peningkatan ini sekali gus mencerminkan tahap keyakinan yang semakin pulih terhadap institusi media arus perdana dalam menyampaikan maklumat yang tepat, seimbang dan bertanggungjawab.

Sinar Harian mencatat 60 peratus tahap kepercayaan dalam kalangan responden, manakala 27 peratus bersikap neutral iaitu tidak pasti percaya atau tidak, manakala hanya 12 peratus menyatakan mereka tidak mempercayai jenama berita ini. Sumber Reuters Institute Digital News Report 2025

Sementara itu, Reuters Institute Digital News Report 2025 turut menganalisis bagaimana masyarakat di 47 negara, termasuk Malaysia, mendapatkan dan mempercayai berita dalam era digital masa kini.

Kajian tersebut juga meneliti cara masyarakat berinteraksi dengan pelbagai bentuk penyampaian berita yang semakin berkembang, termasuk sumber berita paling popular seperti media sosial, portal berita, podcast dan platform digital lain.

Selain itu, laporan tersebut turut mengukur tahap kepercayaan pengguna terhadap media di negara masing-masing, dan menjadi rujukan penting kepada pengamal media, pembuat dasar, penyelidik serta pemain industri dalam memahami cabaran semasa dan hala tuju kewartawanan digital masa hadapan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!