Warga emas tunggang motosikal lawan arus di Linkedua

Tangkap layar tular video memaparkan seorang warga emas menunggang motosikal melawan arus di Lebuhraya Linkedua.
Tangkap layar tular video memaparkan seorang warga emas menunggang motosikal melawan arus di Lebuhraya Linkedua.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun dikesan menunggang motosikal secara melawan arus di Kilometer 24, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) arah utara.

Rakaman video tular kejadian dipercayai pada pagi Selasa, memaparkan suspek memakai kopiah putih menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna biru secara berbahaya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, warga emas dari Kota Tinggi itu berjaya dikesan dan telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Iskandar Puteri untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut menunggang motosikal sejauh 700 meter tanpa memakai topi keledar dan melawan arus di laluan lebuh raya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk menghubungi Pejabat Pertanyaan BSPTD Iskandar Puteri di talian 07-5101322.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!