Himpunan aman solidariti untuk Iran Jumaat ini - Mapim

Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu himpunan aman akan diadakan di bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ini sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin dan negara Iran yang kini mendepani serangan Israel.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, program itu akan bermula dengan kehadiran peserta yang di hadapan Masjid Kompleks Tabung Haji (TH) sebelum mereka berarak ke bangunan kedutaan berkenaan.

"Kita jangkakan kehadiran seramai 5,000 peserta dalam himpunan tersebut.

"Selain itu, kita juga akan menyampaikan memorandum kepada AS pada Jumaat ini," katanya dalam sidang media di Kedutaan Republik Islam Iran pada Selasa.

Serangan balas Iran ke atas Israel sejak Jumaat lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan lebih 370 orang, menurut laporan KosovaPress.

Israel sebelum ini telah melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas wilayah Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, yang mencetuskan gelombang serangan peluru berpandu dan dron dari pihak Iran.

Ujar Mohd Azmi, himpunan anjuran Mapim itu turut melibatkan penyerahan memorandum bagi memyatakan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera zionis.

Menurutnya, antara kandungan momerandum yang lain ialah menyatakan kecaman keras terhadap perbuatan AS yang membenarkan kekejaman Israel terhadap Iran dan Palestin.

Artikel Berkaitan:

“Seterusnya, kita juga mendesak supaya AS menghentikan sokongan kepada Israel dan mesti menekan supaya Israel itu didakwa atas jenayah yang dilakukan di Gaza dan Tebing Barat, semua itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

"Kita turut menuntut supaya AS mengubah polisinya terhadap Israel, pada masa sama kita menyatakan rasa kesal terhadap badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang nampak lemah dalam menangani isu ini,” ujarnya.

Kata beliau, meskipun himpunan berkenaan dilakukan dalam waktu terdekat namun pihaknya sedia memberi kerjasama dengan pihak polis bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.

"Saya akan berunding dengan pihak berkuasa termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung himpunan ini.

"Kita juga akan menggerakkan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik supaya semua merasakan bahawa ini adalah isu bersama yang perlu diperjuangkan," menurutnya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!