[VIDEO] Tiga lelaki tak mengaku suap pegawai Imigresen RM25,000

A
A
A

JOHOR BAHRU — Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor.

Tertuduh Gan Chi Qian, 31, Lai Yee Keong, 42, dan Wong Kent Sing, 51, membuat pengakuan berkenaan di hadapan hakim, Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail setelah pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa memberikan wang tunai RM25,000 kepada Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Negeri Johor, di Pejabat Unit Tindakan, Bahagian Penguatkuasa JIM, Taman Setia Tropika, di sini, kira-kira jam 4.30 petang, 11 Januari lalu.

Suapan itu diberikan sebagai dorongan agar pegawai Imigresen terbabit tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap lima orang pekerja asing yang melanggar syarat pas dan peraturan Imigresen 1963.

Ketiga-tiga tertuduh dibawa keluar Mahkamah Johor Bahru pada Selasa.
Ketiga-tiga tertuduh dibawa keluar Mahkamah Johor Bahru pada Selasa.

Oleh itu, ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Faizal Lisam Abidin dan peguam Dr Abraham Mathew.

Pihak pendakwaan kemudiannya mencadangkan jaminan RM15,000 bagi setiap seorang tertuduh dengan seorang penjamin.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, peguam memohon jaminan dikurangkan atas alasan ketiga-tiga tertuduh berdepan masalah kewangan susulan kilang tempat mereka bekerja kekurangan pekerja.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 kepada setiap tertuduh dan tarikh 18 Julai 2025 ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!