15,000 kepala peledak di tapak Natanz Iran mungkin musnah - IAEA

VIENNA - Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, memaklumkan bahawa hampir kesemua kira-kira 15,000 kepala peledak di loji pengayaan uranium utama Iran di Natanz berkemungkinan telah rosak teruk atau musnah sepenuhnya akibat gangguan bekalan kuasa susulan serangan udara oleh Israel baru-baru ini.
“Penilaian kami menunjukkan bahawa dengan gangguan kuasa sedemikian, besar kemungkinan peledak-peledak itu telah gagal berfungsi dengan betul, atau musnah sama sekali,” katanya dalam satu temu bual bersama BBC.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
