Indonesia catat kematian pertama pesakit positif Covid-19

Pihak berkuasa kesihatan Indonesia memeriksa suhu tubuh penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta. - Foto AFP
Pihak berkuasa kesihatan Indonesia memeriksa suhu tubuh penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Indonesia mencatatkan kematian pertama akibat koronavirus (Covid-19).

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, mangsa adalah seorang wanita warga asing berusia 53 tahun, meninggal dunia sekitar jam 2 pagi tadi.

Mangsa yang merupakan kes ke-25 positif Covid-19 turut menghidap pelbagai penyakit seperti diabetes dan penyakit paru-paru.

Bagaimanapun, Achmad menegaskan penyebab kematian pesakit itu bukanlah kerana virus berkenaan tetapi virus tersebut telah memburukkan lagi keadaan pesakit itu.

Butiran terperinci mengenai mangsa tidak didedahkan semasa pengumuman disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan dari Istana Presiden hari ini.

Setakat ini, 27 kes Covid-19 di laporkan di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan: