Polis minta bantuan jejak Nurul Amira Adriana hilang sejak 29 Mei

Nurul Amira Adriana
Nurul Amira Adriana
A
A
A

PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Jalan PJS 5/2, Taman Desaria, di sini sejak 29 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kehilangan Nurul Amira Adriana Muhammad Zaharie dilaporkan pada jam 4.16 petang, Sabtu.

“Remaja itu berketinggian kira-kira 160 sentimeter, berkulit putih, berambut lurus dan berbadan kurus,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Shahrulnizam berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Irfan Emir di talian 016-5379507 bagi membantu siasatan,” katanya.


Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!