Mandur ladang maut kemalangan ketika ke tempat kerja

Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terlibat kemalangan dengan Hilux di Jalan Selancar-Redong, Muadzam Shah pada Sabtu.
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terlibat kemalangan dengan Hilux di Jalan Selancar-Redong, Muadzam Shah pada Sabtu.
A
A
A

ROMPIN – Seorang mandur ladang maut selepas motosikal yang ditunggangnya, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja, terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Selancar-Redong di sini, pada Sabtu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Muhammad Izdwa Fesol, 23, beralamat di Felda Selancar, Muadzam Shah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pemandu pacuan empat roda berkenaan, seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari rumahnya di Felda Selancar 2 menuju ke tempat kerja di Ladang FGV Selancar 6.

Lokasi kemalangan melibatkan motosikal dan Hilux di Jalan Selancar-Redong hingga mengorbankan nyawa penunggang pada Sabtu.
Lokasi kemalangan melibatkan motosikal dan Hilux di Jalan Selancar-Redong hingga mengorbankan nyawa penunggang pada Sabtu.

"Ketika tiba di lokasi kejadian yang terletak tidak jauh dari rumahnya, mangsa dipercayai dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu oleh warga emas tersebut, yang juga seorang pemandu lori dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Sharif Shai berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!