Buaya tembaga jantan 300kg ditangkap di dalam parit

Anggota APM dan kakitangan Perhilitan berjaya menangkap buaya tembaga sesat di dalam parit di Kampung Permatang Pasir. Foto ihsan APM dan Perhilitan
Anggota APM dan kakitangan Perhilitan berjaya menangkap buaya tembaga sesat di dalam parit di Kampung Permatang Pasir. Foto ihsan APM dan Perhilitan
A
A
A

PORT DICKSON - Seekor buaya tembaga jantan seberat 300 kilogram (kg) dipercayai tersesat di dalam parit di Kampung Permatang Pasir, Linggi di sini berjaya ditangkap pada Khamis.

Difahamkan, buaya sepanjang tiga meter itu ditemui orang awam kira-kira jam 1.45 petang sebelum dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, siasatan lanjut yang dilakukan di lokasi telah menemui buaya berkenaan di dalam parit di kebun kelapa.

"Operasi menangkap reptilia tersebut telah dilakukan melibatkan seramai tiga kakitangan Perhilitan dengan kerjasama 10 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Port Dickson," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Jelas beliau, buaya jantan itu kemudiannya dipindahkan ke Paya Indah Wetland, Dengkil di Selangor.

"Kita mengesyaki buaya itu berasal dari Sungai Linggi dan kalau ikut maklumat penduduk, haiwan itu tidak mengganggu mereka," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!