Pemenang Kejohanan Legendary Together 3v3 bakal saksikan FC Bayern Munich di Allianz Arena

Pengurus Haw Par Malaysia, Yvonne Teh (kanan) dan Pengurus Besar Kanan Kanan Farmaseutikal & Kesihatan Pengguna DKSH Malaysia Sdn Bhd, Caryne Au melancarkan trofi Kejohanan Legendary Together 3v3.
Pengurus Haw Par Malaysia, Yvonne Teh (kanan) dan Pengurus Besar Kanan Kanan Farmaseutikal & Kesihatan Pengguna DKSH Malaysia Sdn Bhd, Caryne Au melancarkan trofi Kejohanan Legendary Together 3v3.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemenang utama Kejohanan Legendary Together 3v3 anjuran Tiger Balm berpeluang menyaksikan FC Bayern Munich secara langsung di Allianz Arena, Munich.

Tiger Balm dalam satu kenyataan berkata, kejohanan itu memberikan peluang unik kepada peminat bola sepak untuk menunjukkan bakat selain mempromosikan gaya hidup aktif dan mencipta pengalaman baharu.

Menurutnya, kejohanan itu akan berlangsung selama tiga hari iaitu bermula dari 11 hingga 15 Jun 2025 di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur.

“Pasukan yang menang akan memenangi percutian lima hari tiga malam termasuk penerbangan pergi balik untuk menyaksikan FC Bayern Munich beraksi secara langsung di Allianz Arena yang terkenal di Munich, Jerman.

“Kami mengajak orang ramai untuk turun dari tempat duduk penonton ke padang dengan membentuk pasukan tiga orang bersama rakan atau ahli keluarga dan menguji kemahiran masing-masing dalam kejohanan 3v3 ini.

“Ini merupakan pengalaman sekali seumur hidup untuk pemain yang bercita-cita tinggi dan peminat setia bola sepak,” katanya pada Rabu.

Mengulas lanjut, menurut Tiger Balm, kejohanan tersebut turut menyuntik semangat kesatuan rakyat Malaysia melalui perlawanan bola sepak selain mengeratkan hubungan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan baharu.

Tambahnya, selain perlawanan yang mengujakan, terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung dan hadiah istimewa dengan setiap pembelian produk Tiger Balm.

Artikel Berkaitan:

“Kejohanan ini bakal mencipta detik-detik lagenda buat peserta serta ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir memberi sokongan.

“Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman yang mengasyikkan termasuk cabaran interaktif, ruangan untuk bergambar yang menarik dan promosi eksklusif serta hadiah istimewa dengan setiap pembelian produk.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!