Tidak dilantik urus korban, lelaki tetak ketua jawatankuasa masjid

Hanya kerana tidak dilantik sebagai ahli jawatankuasa mengurus ibadah korban, seorang lelaki bertindak kejam apabila menetak ketua jawatankuasa berkenaan di sebuah masjid.
Hanya kerana tidak dilantik sebagai ahli jawatankuasa mengurus ibadah korban, seorang lelaki bertindak kejam apabila menetak ketua jawatankuasa berkenaan di sebuah masjid.
A
A
A

PALEMBANG – Hanya kerana tidak dilantik sebagai ahli jawatankuasa mengurus ibadah korban, seorang lelaki bertindak kejam apabila menetak ketua jawatankuasa berkenaan di sebuah masjid di sini pada Sabtu lalu.

Kejadian berlaku di pekarangan Masjid Haqqul Yakin, Palembang, apabila suspek yang dikenali sebagai D tidak berpuas hati kerana tidak dilibatkan dalam urusan pengendalian ibadah korban.

Menurut Ketua Polis Sektor Seberang Ulu I, AKP Heri, siasatan mendapati suspek bertindak demikian kerana berasa tersinggung dan sakit hati.

“Suspek mengaku marah kerana tidak dilibatkan dalam jawatankuasa penyembelihan korban. Hasil siasatan, dia kini disahkan sebagai suspek rasmi dalam kes ini,” katanya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid menunjukkan suspek menghampiri mangsa yang sedang memotong daging korban sebelum menetak muka mangsa menggunakan sebilah parang.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada muka dan kini sedang dirawat di Hospital Umum Palembang.

Selepas kejadian, suspek melarikan diri ke daerah Ogan Ilir, namun akhirnya menyerah diri kepada pihak polis.

“Kami turut merampas sebilah parang yang digunakan dalam kejadian itu,” tambah Heri.

Artikel Berkaitan:

Walaupun suspek mengaku menyesal, dia kini ditahan dan akan didakwa mengikut Pasal 351 ayat (2) Kanun Keseksaan Indonesia kerana menyebabkan kecederaan parah, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun jika disabitkan kesalahan. – Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!