Gambar zaman sekolah jadi bahan lucah, Mekyun buat laporan polis

PEMPENGARUH media sosial, Mekyun meluahkan rasa kecewa, jijik dan marah selepas mendapati wujudnya satu kumpulan tidak bermoral yang menjadikan gambar kanak-kanak sekolah rendah sebagai bahan fantasi seksual.
Menurut pemilik nama sebenar Wee Yun Nee, 28, dia sendiri rasa hancur hati dan jijik apabila melihat ada segelintir lelaki yang boleh berasa tertarik secara seksual terhadap kanak-kanak dan hidup seperti tiada apa yang berlaku.
“Benda ni bukan lawak. Ini jenayah. Ini penyakit. Ramai sangat budak-budak jadi mangsa dan trauma seumur hidup,” ujarnya kesal.
Menerusi hantaran di media sosial, Mekyun menyeru orang ramai untuk segera melaporkan kumpulan yang dikenali sebagai “Budak2 Sek Rendah” di Facebook, yang jelas melanggar batas kemanusiaan dan undang-undang.
Mekyun turut menyeru sesiapa yang pernah tahu atau mengenali individu dengan kecenderungan seperti itu supaya tidak berdiam diri dan terus melaporkan kepada pihak polis.
“Kita kena bersuara. Kita kena lawan. Lindungi budak-budak ini. Lindungi anak-anak kita. Jangan tunggu sampai terlambat,” tambahnya.
Bukan itu sahaja, Mekyun juga antara mangsa dalam kumpulan yang dikenali sebagai “Budak2 Sek Rendah” di Facebook.
Menerusi hantaran di media sosial, Mekyun menyeru orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa, yang jelas melanggar batas kemanusiaan dan undang-undang.
Jangan bagi peluang langsung dekat diorang. Siapa lagi nak lindung budak-budak ni kalau bukan kita?” katanya.
Susulan tindakan kolektif pengguna media sosial yang turut melaporkan akaun kumpulan berkenaan, Mekyun memaklumkan bahawa kumpulan tersebut telah lenyap dari platform Facebook.
Namun, dia mengingatkan bahawa masih banyak lagi kumpulan seumpamanya yang wujud secara senyap-senyap dan bersembunyi di sebalik nama biasa.
“Pedofil ini tengah berselindung depan mata. Jangan sesekali anggap ini sekadar ‘perangai pelik’. Ini adalah jenayah dan tidak boleh diterima sama sekali.”
Tambahnya lagi, dia telah menghubungi pihak berkuasa secara langsung dan kini siasatan sedang dijalankan.
“Ini bukan isu kecil. Ini soal keselamatan anak-anak kita dan maruah komuniti. Kalau korang pernah nampak, pernah jadi mangsa, atau kenal sesiapa tolong bersuara, lapor, dan lindungi satu sama lain.
"Kalau benda begini berlaku lagi, Mekyun tetap akan bersuara. Keadilan mesti ditegakkan," luahnya menerusi media sosial.
Tindakan pantas dan tegas Mekyun menerima sokongan ramai netizen yang turut menggesa agar pihak berwajib mengambil langkah lebih agresif untuk membanteras budaya jijik pedofilia yang semakin berani menular di media sosial.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!