'Saya jerit minta pelajar bersedia, sedaya upaya elak empat kenderaan' - Pemandu bas

Pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan 15 pelajar UPSI kini dirawat di hospital.
Pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan 15 pelajar UPSI kini dirawat di hospital.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Jeli-Gerik, Perak pada Isnin memberitahu dia telah sedaya upaya mengelak empat buah kenderaan termasuk lori sebelum kejadian itu berlaku.

Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, berkata, tindakan itu bagi megelakkan berlakunya insiden lebih teruk.

"Kenderaan terakhir yang saya potong adalah kereta yang mempunyai 'dashcam'.

"Saya sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk," katanya yang kini sedang dirawat di Hospital Taiping.

Menurutnya, melalui rakaman tersebut akan nampak bas yang dipandu memotong dan dibawa laju.

Ujarnya, dia telah cuba melakukan pelbagai cara, namun dipercayai disebabkan angin bas kosong, semuanya jadi tidak berfungsi termasuk brek tangan manakala gear juga tidak boleh ditukar.

"Sedangkan sebelum itu saya cuba mengelak daripada melanggar kenderaan lain.

"Oleh sebab nahas berlaku di kawasan selekoh, saya tak mampu berbuat apa-apa. Saya menjerit kepada pelajar supaya bersedia dan berjaga-jaga sebaik menyedari brek bas tidak berfungsi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Amirul Fadhil memberitahu, bas dipercayai bergerak dalam keadaan brek tidak berfungsi sejauh lebih satu kilometer dan sebagai pemandu dia cuba mengelak kemalangan.

Sementara itu dia yang berasal dari Besut, Terengganu berkata, dakwaan orang ramai yang mengatakan dia adalah pemandu lori dan mengambil upah memandu bas tersebut adalah tidak benar.

"Saya sudah berpengalaman memandu bas sejak 2016, namun ketika Covid-19 saya mencari rezeki sebagai pemandu lori.

"Selepas tamatnya Covid-19 saya kembali menjadi pemandu bas," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!