UPSI kenal pasti identiti 15 penuntut terkorban dalam nahas bas

UPSI telah mengenal pasti 15 penuntut yang terkorban dalam nahas bas ekspres di Gerik–Jeli, pada awal pagi Isnin.
UPSI telah mengenal pasti 15 penuntut yang terkorban dalam nahas bas ekspres di Gerik–Jeli, pada awal pagi Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengenal pasti 15 penuntut yang terkorban dalam nahas bas ekspres di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli, pada awal pagi Isnin.

Menurut pengurusan universiti itu, mangsa terdiri daripada 11 pelajar perempuan dan empat lelaki daripada lapan fakulti.

Berikut merupakan senarai mangsa yang telah dikenal pasti:

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)

- Nurul Izyanti Muhamad Azahar

- Wan Nur Suhaila Wan Muhammad

- Muhammad Adib Hazim Halim

- Nurul Fatihah Abu Setaman

Artikel Berkaitan:

Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSLIK)

- Muhammad Mustaqim Rosde

Fakulti Pembangunan Manusia (FPM)

- Nur Ainul Qistina Mat Ali

- Nur Dalila Farhana Mohamad Isma

- Nurly Sahirah Azman

Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK)

- Sufea Adela Maslihaizan

- Nik Amni Nadiah Nik Nor Zabir

Fakulti Sains Matematik (FSMT)

- Mohammad Aqil Taqiuddin Mohd Sofian

- Fatin Nasrien Fadli

Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV)

- Nor Ayuni Maslan

Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKJ)

- Anis Soffiyya Md Zaidi

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPEK)

- Fakhrul Arif Rosdi

Kemalangan pada jam 1 pagi Isnin itu berlaku ketika bas dari Jerteh, Terengganu menghala ke kampus UPSI di Tanjung Malim melanggar belakang kereta Perodua Alza di depannya.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, siasatan kes kemalangan maut itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mengambil kira pelbagai kemungkinan.

Siasatan akan turut melibatkan kerjasama dari pihak ketiga iaitu PUSPAKOM, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Untuk rekod, bas berkenaan membawa 44 individu dari Jerteh terdiri daripada 42 pelajar UPSI lingkungan usia 21 hingga 23 tahun, pemandu dan kelindan.

13 mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Gerik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!