[VIDEO] Kerajaan jamin siasatan telus, orang ramai diminta tidak buat spekulasi

A
A
A

GERIK – Kerajaan memberi jaminan bahawa siasatan secara telus dan terperinci akan dijalankan berhubung insiden nahas bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding di sini pada Isnin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, sebarang andaian atau spekulasi dibimbangi akan mengganggu siasatan.

Shamsul Anuar (kanan) bertemu waris mangsa mangsa kemalangan di Hospital Gerik pada Isnin.
Shamsul Anuar (kanan) bertemu waris mangsa mangsa kemalangan di Hospital Gerik pada Isnin.

"Siasatan terperinci sedang dan akan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang akan dibuat di bawah bidang kuasa polis.

"Oleh kerana siasatan sedang dibuat, saya berharap tidak ada sebarang spekulasi atau andaian yang tidak betul dibuat, terutama komen dalam media sosial bagi mengelakkan gangguan kepada siasatan yang sedang dijalankan," katanya ketika ditemui di Hospital Gerik di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, Shamsul Anuar meminta ahli keluarga mangsa dan orang ramai agar bersabar.

Katanya, kepercayaan penuh perlu diberikan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!