Durian duri hitam antara 8,000 anak pokok dirampas

Antara anak pokok yang dirampas dalam satu serbuan di Jalan Kampung Kubang Rambutan di Rantau Panjang pada Khamis.
Antara anak pokok yang dirampas dalam satu serbuan di Jalan Kampung Kubang Rambutan di Rantau Panjang pada Khamis.
A
A
A

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 8,000 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand dalam satu serbuan di Jalan Kampung Kubang Rambutan di sini pada Khamis.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan dilakukan ketika sepasukan anggotanya menjalankan rondaan semasa Op Taring Wawasan kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan membawa kepada penemuan 4,000 anak pokok durian jenis 'black thorn', bunga kertas (2,000), rambutan (1,000) dan delima (1,000) yang dipercayai dibawa masuk secara haram dari negara jiran.

Kesemua anak pokok berkenaan diseludup dari Thailand.
Kesemua anak pokok berkenaan diseludup dari Thailand.

"Turut ditahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penghantar bagi membawa tanaman tersebut ke sebuah nurseri di Kulim, Kedah," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Nik Ros Azhan memberitahu, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM590,000 termasuk sebuah lori yang digunakan suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) dan semua rampasan termasuk suspek telah diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kota Bharu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, PGA akan terus memperketatkan kawalan sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan yang bukan sahaja melibatkan barangan terlarang tetapi juga risiko membawa masuk penyakit tumbuhan yang boleh menjejaskan sektor pertanian negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!