Aliran trafik sempadan Terengganu-Kelantan lancar

KOTA BHARU - Aliran trafik di beberapa pintu masuk dari jalan utama Persekutuan melibatkan jajahan Pasir Puteh dilaporkan lancar hingga jam 9 pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, aliran trafik di jalan keluar masuk di sempadan Pasir Puteh-Terengganu, termasuk di pintu masuk Tok Bali-Kuala Besut berada pada skala satu.
"Setakat ini, tiada kesesakan jalan di pintu masuk sempadan Kelantan-Terengganu dan kenderaan bergerak seperti biasa," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Beliau berkata, pemantauan sentiasa dijalankan oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh berikutan kepulangan perantau ke kampung halaman sempena Aidiladha. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
