Bas ekspres bawa 28 penumpang terbakar di Taiping

Kebakaran berjaya dikawal jam 10.15 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.33 malam.Foto: Bomba Perak
Kebakaran berjaya dikawal jam 10.15 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.33 malam.Foto: Bomba Perak
A
A
A

TAIPING - Seramai 28 penumpang berjaya menyelamatkan diri selepas bas ekspres dinaiki terbakar dalam kejadian di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Kamunting di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian dilaporkan pada jam 9.16 malam.

Menurutnya, bas berkenaan terbakar hampir 90 peratus selepas dipercayai terseret dengan sebuah motosikal yang terbabas di lokasi sama.

Siasatan awal bomba mendapati, kebakaran tercetus apabila bas terbabit terseret dengan sebuah motosikal yang terbabas di lokasi sama.
Foto: Bomba Perak
Siasatan awal bomba mendapati, kebakaran tercetus apabila bas terbabit terseret dengan sebuah motosikal yang terbabas di lokasi sama. Foto: Bomba Perak

"Semua penumpang bas berjaya keluar sebelum ketibaan pasukan bomba. Dalam kejadian ini, hanya penunggang motosikal mengalami cedera ringan," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, seramai 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting serta Taiping terlibat dalam operasi pemadaman.

Katanya, pasukan operasi menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada tangki jentera bomba.

Kesemua 28 penumpang bas berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum ketibaan pasukan bomba. Foto: Bomba Perak
Kesemua 28 penumpang bas berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum ketibaan pasukan bomba. Foto: Bomba Perak

"Kebakaran berjaya dikawal jam 10.15 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.33 malam.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang cedera ringan telah dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!