Larangan potong kuku, cukur rambut tidak terpakai buat jemaah haji

LARANGAN memotong kuku dan mencukur rambut serta bulu badan untuk sesiapa yang berniat mengerjakan korban tidak terpakai kepada jemaah haji. Foto Canva
LARANGAN memotong kuku dan mencukur rambut serta bulu badan untuk sesiapa yang berniat mengerjakan korban tidak terpakai kepada jemaah haji. Foto Canva
A
A
A
JEMAAH haji yang melaksanakan ibadah korban tidak tertakluk kepada larangan memotong kuku, rambut atau bulu badan seperti mana yang ditekankan kepada individu yang melakukan ibadah korban di tanah air.

Perkara itu dijelaskan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan jemaah haji yang menyangka mereka turut perlu mematuhi larangan berkenaan bermula 1 Zulhijjah hingga selesai penyembelihan korban.

Menurut Timbalan Mufti Perlis merangkap Ketua Pakar Rujuk Ibadah Haji, Ustaz Tajul Urus Abdul Halim, larangan memotong rambut dan kuku hanya terpakai kepada mereka yang tidak menunaikan haji, tetapi berniat untuk melakukan korban.

Sebaliknya, bagi jemaah haji, mereka digalakkan untuk melakukan persiapan seperti mencukur rambut dan memotong kuku sebelum berihram sebagai sebahagian daripada persediaan fizikal dan kebersihan diri.

USTAZ TAJUL URUS
USTAZ TAJUL URUS

Artikel Berkaitan:


“Jemaah haji perlu memastikan diri dalam keadaan bersih dan selesa sebelum berniat ihram. Justeru, mereka dibenarkan mencabut bulu, memotong kuku dan rambut sebelum memasuki ihram,” katanya.

Ujarnya, apabila seseorang jemaah sudah berihram, barulah larangan-larangan ihram berkuat kuasa, termasuk tidak boleh memotong rambut atau kuku sehingga tiba waktu tahallul.

“Selepas selesai sebahagian ibadah haji seperti melontar dan melakukan tahallul awal, jemaah diwajibkan pula untuk mencukur atau memendekkan rambut sebagai sebahagian daripada ibadah,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!