Lelaki dibunuh isteri, adik sendiri selepas hubungan sulit terbongkar

Seorang lelaki dipercayai telah dibunuh oleh isteri dan adik kandungnya sendiri selepas dia membantah hubungan sulit antara mereka.
Seorang lelaki dipercayai telah dibunuh oleh isteri dan adik kandungnya sendiri selepas dia membantah hubungan sulit antara mereka.
A
A
A

JAISALMER – Seorang lelaki dipercayai telah dibunuh oleh isteri dan adik kandungnya sendiri selepas dia membantah hubungan sulit antara mereka.

Pihak polis berkata, mangsa, Hardan Ram yang berusia 50 tahun, ditemui mati di sebuah ladang di Kampung Bhairwa, kawasan Sadar, Uttar Pradesh pada petang Ahad.

Menurutnya, isteri Hardan yang dikenali sebagai Yashoda, 27 tahun, telah lama tinggal bersama adik lelaki Hardan, Kaluram.

“Pada Ahad, Hardan datang dari Barmer ke Jaisalmer dan berlaku pertengkaran antara mereka bertiga.

“Dalam insiden itu, mangsa dipukul sebelum mayatnya dibuang di ladang tersebut,” katanya pada Isnin.

Sumber gambar daripada NDTV. Kenderaan polis yang dipercayai membawa suspek untuk siasatan.
Sumber gambar daripada NDTV. Kenderaan polis yang dipercayai membawa suspek untuk siasatan.

Ujar pihak polis, Yashoda difahamkan adalah isteri kedua Hardan selepas kematian isteri pertamanya.

“Setahun lalu, Kaluram berpindah ke Jaisalmer dan menjalin hubungan sulit dengan Yashoda.

Artikel Berkaitan:

“Yashoda kemudiannya mula tinggal bersama Kaluram selepas berlaku perselisihan faham dengan suaminya,” ujarnya.

Kedua-dua suspek kini telah ditahan dan sedang disoal siasat oleh pihak polis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!