Bedah siasat mayat lelaki dipercayai warga UK dilakukan hari ini - Polis

Mayat seorang lelaki disyaki warga asing ditemukan tertiarap di tapak pembinaan di Bangsar, petang semalam. - Foto: Bernama
Mayat seorang lelaki disyaki warga asing ditemukan tertiarap di tapak pembinaan di Bangsar, petang semalam. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Proses bedah siasat mayat lelaki dipercayai warga United Kingdom yang ditemukan di sebuah tapak pembinaan di Lorong Maarof, Bangsar semalam dilakukan hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kenyataan rasmi mengenai hasil bedah siasat akan dikeluarkan selepas prosedur berkenaan selesai dijalankan.

"Keluarga lelaki itu juga telah tiba di Malaysia bagi menjalani proses pengecaman mayat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Jordan Johnson-Doyle, 25, yang sedang mengembara solo ke Asia Tenggara dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Bangsar di sini pada 27 Mei lepas.

Kehilangannya disedari ahli keluarga yang gagal menghubunginya selain aktiviti menerusi media sosialnya tidak lagi aktif.

Semalam, polis menemukan mayat seorang lelaki dipercayai warga asing dalam keadaan tertiarap dengan sebahagian pakaian hampir terlucut di ruang lif tingkat bawah tapak pembinaan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!