Lebih 200 banduan lari dari penjara Pakistan akibat gempa bumi

ISLAMABAD - Lebih 200 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di bandar pelabuhan selatan Karachi selepas tembok penjara rosak akibat gempa bumi, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.
Insiden berlaku lewat malam Isnin apabila banduan meloloskan diri melalui tembok yang rosak di Penjara Malir, yang mengalami kerosakan akibat beberapa gegaran berintensiti rendah sejak Ahad lalu, menurut Ketua Polis Sindh Ghulam Nabi Memon kepada akhbar tempatan Dawn.
Polis melancarkan operasi bagi menangkap semula 216 banduan yang melarikan diri dan setakat ini 78 orang berjaya ditahan semula.
Usaha memburu baki 138 banduan yang masih bebas sedang giat dijalankan, katanya. - Bernama-Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
